Taharah /
Bersuci
1. Definisi
:
i) Dari segi
bahasa : Suci dan bersih
ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas.
ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas.
2. Taharah
ialah anak kunci dan syarat sah salat.
3. Hukum
taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan.
4. Dalil
naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam
Surah al-Anfal, ayat 11 yang bermaksud :
" Dan
(ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan
kamu dengannya... "
Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
" Agama
islam itu diasaskan di atas kebersihan "
5. Tujuan
taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah
yang lain.
6. Hikmah
disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan
itu adalah perbuatan mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk
melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan
kebesaran Allah s.w.t. .
7. Faedah
melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripada
penyakit serta mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya.
8. Syarat
wajib taharah ialah :
·
Islam
·
Berakal
·
Baligh
·
Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).
·
Tidak lupa
·
Tidak dipaksa
·
Berhenti darah haid dan nifas
·
Ada air atau debu tanah yang suci.
·
Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.
9. Taharah
adalah sebagai bukti bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan
kesucian.
10. Ahli
fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq)
sebagaimana firman Allah:
Maksudnya :
"Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih "
"Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih "
11. Selain itu, harus menggunakan
kertas atau batu ketika beristinja' dan tanah atau debu tanah sebagai ganti air
bagi mengharuskan solat yang dikenali sebagai tayammum.
12. Jelasnya, alat–alat untuk
bersuci itu ialah:
·
Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan
dengan sesuatu tambahan atau sesuatu sifat. Air mutlaq ini terbahagi kepada
beberapa bahagian:
o
Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada
tiga, iaitu air hujan, air salji yang menjadi cair dan air embun.
o
Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada
empat, iaitu air yang terbit daripada mata air, air perigi, air sungai dan air
laut.
·
Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk
sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengan sesuatu. Firman Allah:
“Hai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti
apa yang kamu ucapkan, (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamu dalam
keadaan berjunub), terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan
jika kamu sakit atau dalam bermusafir atau kembali dari tempat buang air atau
kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka
bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu.
Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. ”
(Surah Al-Nisa’, 4:43)
(Surah Al-Nisa’, 4:43)
3. Samak, iaitu membuang bahan-bahan
lebihan yang melekat pada kulit dan yang merosakkannya sekira-kira jika
direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak, maka kulit itu tetap tidak
busuk atau rosak.
4. Takhallul, iaitu arak
bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya.
Rujukan Kitab :
1) Kitab Mattlaal Badrain oleh
Syeikh Muhammad bin Daud Al-Fatani
2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat .
3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi .
4) Fiqh Syafii oleh Hj.Idris Ahmad S.H.
2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat .
3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi .
4) Fiqh Syafii oleh Hj.Idris Ahmad S.H.
0 komentar:
Posting Komentar